Pinjaman Peribadi Bank

Pinjaman Peribadi bankAdakah anda berhasrat untuk memulakan perniagaan anda? Atau bertujuan untuk melaksanakan projek pengubahsuaian rumah kediaman anda atau menanggung kos perubatan yang tinggi?

Bukan semua individu mampu memiliki wang simpanan yang mencukupi untuk menampung salah satu kos perbelanjaan seperti dinyatakan di atas. Akan tetapi, masalah sebegini boleh diselesaikan dengan memperolehi pinjaman peribadi daripada bank.

Pinjaman peribadi adalah merupakan suatu kemudahan wang yang boleh membantu anda dalam pelbagai masalah kewangan. Anda juga mungkin berada di dalam situasi dimana anda memerlukan wang tambahan untuk membayar sesuatu. Berikut adalah 7 contoh-contoh bank di Malaysia yang menawarkan pinjaman peribadi:

i) Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Bank Rakyat menawarkan dua jenis pinjaman peribadi iaitu “Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta” (amaun pembiayaan sehingga RM150,000) dan “Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam” (amaun pembiayaan sehingga RM200,000). Bagi pemohonan untuk “Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta”, syarat-syaratnya adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Kelayakan umur minimum adalah 18 tahun dan maksimum 60 tahun ketika tamat tempoh pembiayaan
  • Gaji kasar minimum termasuk elaun tetap akan dibahagi kepada dua iaitu: RM2,000 dan keatas bagi individu dengan pekerjaan yang tetap & RM8,000 dan keatas bagi individu dengan pekerjaan mengikut kontrak.
  • Dokumen yang diperlukan adalah termasuk salinan MyKad, slip gaji 3 bulan terakahir, penyata bank 3 bulan terakhir, penyata KWSP dan Surat Pengesahan Majikan / Borang EA / Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

Bagi individu yang ingin memohon “Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam” pula, syarat-syaratnya adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Kelayakan umur minimum adalah 18 tahun dan maksimum 60 tahun ketika tamat tempoh pembiayaan
  • Mempunyai pendapatan bulanan tetap dengan minimum RM1,000 termasuk elaun tetap
  • Bekerja dalam sektor awam dan syarikat GLC terpilih
  • Bekerja minimum 3 bulan
  • Dokumen yang diperlukan adalah termasuk salinan MyKad atau MyTentera, slip gaji 3 bulan terakhir, penyata bank 3 bulan terakhir dan Surat Pengesahan Majikan/Borang EA

Hubungi Kami di +60 11-4000 7123 untuk Perundingan Percuma

Hubungi Kami Sekarang!!!

ii) Pinjaman Peribadi Bank Islam

Terdapat dua jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Islam iaitu “Pembiayaan Peribadi-i Pakej” dan “Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej”. Bagi pemilihan untuk pemohonan “Pakej” , amaun pembiayaan adalah minimum RM10,000 sehingga maksimum RM200,000 mengikut had kelayakan tertentu. Tempoh pembayaran pula adalah maksimum 10 tahun atau sehingga umur persaraan. Individu yang layak untuk memohon “Pakej” hendaklah:

  • Berumur 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada waktu akhir pembayaran
  • Berwarganegara Malaysia
  • Bergaji tetap dengan minimum RM2,000 sebulan
  • Mempunyai pekerjaan dalam sektor-sektor yang berkenaan termasuk Sektor Kerajaan, Syarikat Senarai Awam Terpilih, Anak-anak Syarikat Kerajaan/Syarikat Senarai Awam Terpilih atau Syarikat Sendirian Berhad Terpilih yang lain mengikut pakej syarikat yang disenaraikan oleh Bank Islam.
  • Dokumen yang diperlukan adalah salinan MyKad, slip gaji 3 bulan terakhir, surat pengesahan jawatan terbaru, penyata bank 3 bulan terakhir dan penyata pendapatan terbaru (Borgan BE/eBE/EA/EC) atau sebarang dokumen sokongan seperti penyata KWSP terkini.Bagi pemilihan pemohonan jenis “Bukan Pakej”, pembiayaan dari minimum RM10,000 sehingga maksimum RM150,000 akan diberikan mengikut had kelayakan tertentu. Individu tanpa penjamin layak mendapat pembiayaan RM30,000 dan ke bawah manakala individu yang mempunyai penjamin mendapat pembiayaan melebihi RM30,000. Tempoh pembayaran, jenis dokumen yang diperlukan dan syarat-syarat kelayakan adalah sama dengan  pemohonam “Pakej” namun syarat pendapatan tetap mesti mempunyai minimum RM3,500 sebulan.

iii) Pinjaman Peribadi BSN

BSN atau lebih dikenali sebagai Bank Simpanan Nasional menawarkan skim Pinjaman Peribadi BPA (Biro Perkhidmatan Angksasa) Klasik. Skim pinjaman peribadi ini adalah untuk kakitangan awam dan sebahagian syarikat swasta yang diuruskan oleh Angkatan Koperasi (ANGKASA). Had pinjaman bagi skim tersebut adalah minimum RM5,000 sehingga maksimum RM200,000 dengan kadah faedah 4.5% bagi gaji RM5,000 ke bawah dan 4.75% bagi gaji dari RM800 sehingga RM5,000. Syarat-syarat kelayakan adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Bekerja sebagai kakitangan kerajaan atau badan berkanun dan organisasi terpilih yang mempunyai kemudahan potongan Angkasa BPA
  • Telah berkhidmat 6 bulan dan ke atas
  • Gaji pokok minima tidak lebih daripada RM800
  • Mempunyai akaun BSN GIRO/i
  • Dokuman yang diperlukan adalah salinan MyKad dan surat pengesahan majikan yang lengkap

BSN juga menawarkan pinjaman “BSN MyRinggit-i EKSEKUTIF-1” yang direka khas untuk membantu eksekutif merealisasikan keperluan pembiayaan peribadi pada kadar tetap yang mampu ditanggung. Kadar pembiayaan yang ditawarkan adalah minimum RM10,000 sehingga maksimum RM200,000.

iv) Pinjaman Peribadi MBB

Pinjaman peribadi Maybank membekalkan skim pembiayaan minimum RM5,000 sehingga maksimum RM100,000 tanpa memerlukan penjamin dan sebarang cagaran. Syarat-syarat kelayakan adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 21 ke 60 tahun
  • Mempunyai gaji tetap minimum RM30,000 setahun
  • Dokumen yang diperlukan termasuk salinan MyKad, slip gaji 3 bulan terakhir, penyata akaun 6 bulan terakhir dan borang BE terkini dengan resit rasmi cukai.

v) Pinjaman Peribadi CIMB

CIMB menawarkan skim pinjaman peribadi di bawah kategori. .

  • “Sektor Awam-i”

(Bagi Kakitangan Awam dan GLC dengan maksima RM200,000)
Syarat-syarat kelayakan adalah minimum pendapatan tetap dari RM800 dan ke atas, Dokumen yang diperlukan untuk pinjaman adalah slip gaji 1 bulan terkini (bagi individu bergaji tetap) atau slip gaji 3 bulan terkini (bagi individu bergaji tidak tetap)  ,penyata bank CIMB 3 bulan terkini, rekod KWSP 6 bulan terkini atau boring BE& LHDM/e-Form BE/EA terkini.

  • “Cash Plus”

(bagi Kakitangan dari Sektor Swasta dengan minimum RM2,000 sehingga maksimum RM100,000).
Gaji tetap minimum RM2,000 dan ke atas,

Individu yang berumur 21 hingga 60 tahun hanya layak memohon antara dua jenis pinjaman peribadi CIMB tersebut

vi) Pinjaman Peribadi AEON

AEON menawarkan pembiayaan peribadi dalam kategori “AEON iCash” yang membekalkan minimum RM1,000 sehingga maksimum RM100,000 mengikut penilaian kredit dan budi bicara pihak AEON Credit. Syarat-syarat kelayakan adalah:

  • Berpendapatan tetap minimum RM800 sebulan dan ke atas
  • Wargenegara Malaysia
  • Umur 18 tahun dan ke atas
  • Dokumen yang diperlukan termasuk salinan MyKad, penyata KWSP terkini, slip gaji 3 bulan terkini, penyata akaun 3 atau 6 bulan terkini dan buku akaun simpanan atau penyata bank terkini.

Setelah pinjaman peribadi diluluskan, caj duti setem akan ditolak daripada jumlah pembiayaan anda sebanyak RM5 bagi setiap RM1,000 jumlah pembiayaan. Caj yang lain termasuk yuran pemprosesan sebanyak 4% akan dikenakan bagi pembiayaan berjumlah antara RM1,000 sehingga RM10,000 mankala 2% akan dikenakan bagi jumlah pembiayaan RM10,100 sehingga RM100,000. Kedua-dua yuran pemprosesan akan dicaj dengan kadah 6% GST

vi) Pinjaman Peribadi Bank Muamalat

Terdapat 3 jenis pinjaman peribadi ditawarkan oleh Bank Muamalat. Kategori-kategori tersebut adalah untuk Angkatan Tentera, Kakitangan Kerajaan dan Kakitangan Organisasi Terpilih. Had pembiayaan adalah RM5,000 sehingga RM150,000. Syarat-syarat kelayakan adalah:

  • Kakitangan tetap yang berkhidmat dalam minimum 3 tahun
  • Dokumen yang diperlukan adalah salinan MyKad, slip gaji 3 bulan terkini, surah pengesahan pekerjaan, penyata penyelesaian dan penyata pelaburan (jika berkenaan).

Hubungi Kami di +6011-5982 1235 untuk Perundingan Percuma

Hubungi Kami Sekarang!!!

Tidak dapat dinafikan bank-bank menawarkan skim pinjaman peribadi diatas mempunyai syarat-syarat yang tertentu. Namun kemungkinan besar pinjaman bank yang anda pohon mungkin ditolak atas sebab-sebab tertentu. Tapi usah risau kerana kami sebagai pinjaman wang berlesen dapat membantu menyelesaikan masalah kewangan anda. Bukan seperti pihak bank yang selalunya berasaskan syarat-syarat yang ketat dan adakalanya merumitkan, kami hanya memerlukan salinan MyKad dan slip gaji 3 bulan terkini. Anda boleh semak jenis pinjaman peribadi yang lain seperti pinjaman peribadi kerajaan, pinjaman peribadi koperasi, pinjaman peribadi swasta

Anda juga tidak perlu menyusahkan diri anda dengan menyediakan salinan dokumen-dokumen yang melambak untuk tujuan meluluskan kelayakan pinjaman peribadi. Sila layari laman web atau hubungi kami untuk keterangan lanjut.